Showing posts with label cikgujadijadian. Show all posts
Showing posts with label cikgujadijadian. Show all posts

July 07, 2013

Week 6: Lone ranger

Assalamualaikum wbt.

Dah dua hari date dengan kakak cantik. Jumaat lepas sekolah cari barang kat Daiso. Lepas tu, Sabtu petang date! Tengok citer lone ranger. Weh, nasihat aku, tak payah tengok lah. Tak best. T_T 
Rasa terseksa 2 jam setengah dalam tu. sobsss!

Oh ye, Sabtu aku kena join Bengkel Math untuk SPMmers. Tere tak tere juga lah ajar. Berbanding ajar Add Math. Lagilah kelaut aku ajar. haha. Walau camne pun, minggu ke 6 aku di SDDS sangatlah awesome!

Kakak cantik



Dan dan, setelah diberi pelbagai hint, minggu ni aku dah terkena sexual harassment. eh bunyi cam cool kan aku cakap. Tapi, tapi! Ya Allah, rasa nak fire je budak tu. Solution aku, biar dia tidur lagi bagus dari cakap bukan bukan. I really hate you!

Kau buat lagi, aku refer kat disiplin!




Dan bab 3 fizik form 4. Simple meh. To save time :


Sekian.

July 06, 2013

Soalan untuk cikgu diha

Budak, "cikgu, cikgu ajar subjek apa?"
Aku, "fizik dengan math"
Budak, "wahhhhhh!!"

Ok girls and boys, when we really love something, passion will come together. Passion plus determine, it works better :-)
Fizik memang susah. Noktah.

July 04, 2013

When you believe



Perbualan antara cikgu-cikgu dalam bilik guru.
"Aku nak buktikan ayat Allah, Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati"

Sentap. Diam kejap. Fikir dalam dalam.
Semoga ada penawar untuk itu. :(

p/s: Mama pesan, pakai mask bila mengajar tau!

June 26, 2013

Farewall Sista

Assalamualaikum wbt.

Hello si cantik dan si kacak. Oh, minggu sibuk telah bermula. Buat pertama kalinya, aku berjaya buktikan teori mama dan cikgu GPK. Aku pernah tanya mama, macam mana nak buat kita rapat dengan cikgu macam kita rasa dengan cikgu sekolah kita dulu?

Teori mama,
"Kalau nak rapat, kena solat sama."

Teori GPK,
"Kena rajin rajin tolong cikgu kat sini."

Apa aku buat hari ini sampai aku rasa lapang sangat ialah
- Tolong orang!

Hoyeahhh! Tolong stapler je pun dan oh, buat mural!. Sambil tu, dengar cerita motivasi tajuk, "Kenapa cikgu ni profession mulia" Dan yeah, aku semakin semangat nak buat praktikal ni dengan sepenuh hati!


Happy SDDS' ticer!

Mereka sudah tamat. Semoga cepat dapat posting kakak-kakak comel :)




Guess what?

Benda simple. Kita suka apa kita buat, kita akan gembira walaupun kerja banyak. Atas sebab itu, aku sangat terpikat dengan lelaki berstatus "cikgu". Macam mana penatnya kerja ni, "cikgu" akan sentiasa berhati mulia. Terima kasih cikgu cikgu :)

Sekian.

June 24, 2013

Posting 2.0

Assalamualaikum.

Jerebu? Duduk rumah jelah. Siapkan kerja berlambak untuk diselia esok. Hah. Sila menangis! Tapi nafsu makan kek indulgence macam memuncak. Boleh tak nak lari kejap pergi Cheng beli SR? hewhewhew

Sejak aku mula perhatikan masa depan (cewah), aku sangat mengambil kira tentang posting senior senior aku. Dua tahun lepas, senior yang tak berapa rapatlah. Ada sorang dua aku kenal. Tahun ni posting lagi, tapi lebih ramai senior yang aku kenal. Sebabnya, aku nak tengok trending. Tahun lepas lewat sangat posting. Tahun ni sama lewat, sebab PRU. Mungkin tahun aku posting pun lambat? 

Tapi tak pe, dah plan dalam otak baik punya. Teruskan berdoa supaya rezeki tu mudah. kan? Jadi jadi, antara negeri pilihan yang aku nak tengok sangat, mestilah Sabah Sarawak! Kau tahu aku pernah bercita-cita nak posting Sabah, sebab nak jauh dari masalah (masa tu masalah dengan hubungan). Lepas tu, aku bercita-cita nak ditempatkan di Sarawak. Tapi, mrBun cakap, besar Sarawak tu macam satu Semenanjung. Jatuh rahang, bila aku sendiri melawat Miri dan makanan susah nak dapat!

Lepas dah kena brainwash dengan mama ayah, aku putuskan untuk duduk dekat dengan dorang. Memandangkan sekarang fakulti tengah kumpul maklumat untuk bagi pada KPM, aku rasa aku putuskan untuk menetap di Selangor. ok, ok, paling jauh Johor. he he he. Boleh ittew tengokkan mak awak!

Interview dijangka Mac 2014. Penempatan tidak diketahui bila. Sementara tu, aku ada beberapa siri plan untuk memenuhi nafsu duniawi aku. muahahaha! Disamping aku perlu habiskan hutang kereta. eh? ada kereta dah! yeayy! Jadi, besar harapannya, supaya pengetua sekolah aku beri strong recommendation untuk aku terus berkhidmat kat sekolah aku tu. mihmihmih.

Selamat datang cikgu baru ke SDDS!

Sekian.

p/s: Banyak juga perkhabaran cikgu lelaki di postingkan ke Sabah Sarawak. Jadi, jangan nak gatal lah nak cuci mata sebab kat sekolah, cikgu baru memang cikgu perempuan je banyak. Nak cuci mata? Sila ke sana. :D
p/s/s: Oh mrBun, gurau je. cuma kasar sikit sebab tingtong dah banyak kerja! T_T
p/s/s/s: Mana plan nak kahwin tah? Tunggu stabil dulu kot. KOT.

June 23, 2013

Jika Cinta Itu Nampak

Assalamualaikum wbt.

Pfttt... Aku punya sahabat yang kadang kala menjengkelkan tapi menghiburkan. Punya teman bergaduh tapi pendapat yang jarang jarang didengar. Sepertinya kamu apabila keseorangan ingin ditemani si penadah bahu dan pencurah telinga.

Amin.

Tapi, sudi tak kau jadi sahabat aku? :)

Aku doakan kebahagiaan kau akan bermula seawal pagi, sehingga lewat malam dan Allah kurniakan kedamaian, kecintaan, kegembiraan dan kesihatan yang baik nanti.

Sukati je translate. Entah betul. eh?

Sekian.

With heart full with love. I heart you!