June 24, 2013

Posting 2.0

Assalamualaikum.

Jerebu? Duduk rumah jelah. Siapkan kerja berlambak untuk diselia esok. Hah. Sila menangis! Tapi nafsu makan kek indulgence macam memuncak. Boleh tak nak lari kejap pergi Cheng beli SR? hewhewhew

Sejak aku mula perhatikan masa depan (cewah), aku sangat mengambil kira tentang posting senior senior aku. Dua tahun lepas, senior yang tak berapa rapatlah. Ada sorang dua aku kenal. Tahun ni posting lagi, tapi lebih ramai senior yang aku kenal. Sebabnya, aku nak tengok trending. Tahun lepas lewat sangat posting. Tahun ni sama lewat, sebab PRU. Mungkin tahun aku posting pun lambat? 

Tapi tak pe, dah plan dalam otak baik punya. Teruskan berdoa supaya rezeki tu mudah. kan? Jadi jadi, antara negeri pilihan yang aku nak tengok sangat, mestilah Sabah Sarawak! Kau tahu aku pernah bercita-cita nak posting Sabah, sebab nak jauh dari masalah (masa tu masalah dengan hubungan). Lepas tu, aku bercita-cita nak ditempatkan di Sarawak. Tapi, mrBun cakap, besar Sarawak tu macam satu Semenanjung. Jatuh rahang, bila aku sendiri melawat Miri dan makanan susah nak dapat!

Lepas dah kena brainwash dengan mama ayah, aku putuskan untuk duduk dekat dengan dorang. Memandangkan sekarang fakulti tengah kumpul maklumat untuk bagi pada KPM, aku rasa aku putuskan untuk menetap di Selangor. ok, ok, paling jauh Johor. he he he. Boleh ittew tengokkan mak awak!

Interview dijangka Mac 2014. Penempatan tidak diketahui bila. Sementara tu, aku ada beberapa siri plan untuk memenuhi nafsu duniawi aku. muahahaha! Disamping aku perlu habiskan hutang kereta. eh? ada kereta dah! yeayy! Jadi, besar harapannya, supaya pengetua sekolah aku beri strong recommendation untuk aku terus berkhidmat kat sekolah aku tu. mihmihmih.

Selamat datang cikgu baru ke SDDS!

Sekian.

p/s: Banyak juga perkhabaran cikgu lelaki di postingkan ke Sabah Sarawak. Jadi, jangan nak gatal lah nak cuci mata sebab kat sekolah, cikgu baru memang cikgu perempuan je banyak. Nak cuci mata? Sila ke sana. :D
p/s/s: Oh mrBun, gurau je. cuma kasar sikit sebab tingtong dah banyak kerja! T_T
p/s/s/s: Mana plan nak kahwin tah? Tunggu stabil dulu kot. KOT.

2 comments:

Kancil 8349 said...

eya ke...ramai yang ke sini..belum ada khabar lagi..di tempat kancil nie masih kurang 6 orang

dee said...

sektor menengah la cikgu. sektor rendah tak tahu pulak.